221 - Ada perkara yang perlu di tuliskan - Iri hati

Norsanina.blogspot.com

Dari mana sikap iri hati datang? 
Dari perasaan sakit hati di atas kesenangan orang lain.

Dari mana sikap dendam datang? 
Dari perasaan di tinggalkan semasa kecil.

Ada perkara yang perlu di tuliskan,
ia perlu di tulis supaya ia dapat di keluarkan dari minda. 
Aku tak mahu perkara ini menghantui di dalam fikiran.
Aku pindah kan ia ke mari di sini.

Peristiwa : satu - Oven Kecil 
Aku beri engkau satu oven kecil untuk engkau gunakan sebagai kemudahan membakar roti.
Oven itu masih berfungsi dengan sempurna. 
Ketika engkau pindah rumah, engkau tinggalkan oven itu di dalam rumah yang sudah kosong. 
Sakit hati ku melihatnya. aku kutip kembali pemberian aku itu dan bawa pulang ke rumah aku. 
Pelajaran apakah ini yang aku perlu ambil sebagai pedoman. 

Selagi aku tidak kutip ini sebagai pelajaran untuk aku, selagi itu ianya menghantui fikiran aku.
Ya aku berhadapan dengan orang yang tidak tahu bersyukur dan berterima kasih. 
Mereka tidak tahu bahawa setiap perkara adalah pemberian dari Allah. 
mereka abaikan sahaja setiap perkara. 

kenapa? kerana dia takut dengan kuasa lain selain dari kuasa Allah. dia takut untuk mengakui bahawa ada yang lebih 
berkuasa dari orang orang yang memberi dia makan. Orang yang selalu memberi dia makan itu sebenarnya telah memeras 
tenaga dia setiap hari. Dia terpakasa menjadi hamba kepada orang yang memberi dia makan. Dia memasak, mencuci dan menjadi hamba 
abdi di situ. Apa yang aku beri tidak aka di sukai jika majikan dia tidak izinkan dia ambil. 

ataupun kerana benci dan iri hati? Ya orang akan benci jika kebaikan itu tidak datang dari orang yang dia sayangi. 
Dia mahukan semua kebaikan dan kekayaan di dalam dunia ini datang dah hinggap di kalangan orang yang dia sukai. 
Ada yang berfikiran bahawa jika semua kesenangan yang orang lain rasa patut di pindahkan kepada kalangan mereka sahaja.

Kenyataannya: Allah akan beri apa yang Allah mahu beri, kepada sesiapapun yang Allah kehendaki
sikap ini ada dalam kebanyakan manusia, mungkin dalam semua manusia, cuma tahap kekuasaan perkara ini mungkin 
kecil atau besar. Inyab ergantung kepada hijab yang ada pad mereka. 

aku juga ada semua sikap buruk yang ada  di dalam semua manusia. aku pilih untuk menaikkan atau menurunkan perasaan ini 
mengikut suasana yang aku ras betul pada fikiran aku. 

Peristiwa : Dua - Berbohong
Kau berbohong, kau katakan yang engkau lah orang utama yang mencari tuan kadi untuk menikahkan orang. kenapa engkau 
berbohong, berbohong untuk menaikkan nama mu dan supaya orang lain memandang pihak yang lagi satu sebagai orang yang 
lemah dan tidak betanggungjawab. Apa yang engkau banggakan? 

Ini adalah satu dari sifat iri hati. Sifat tidak menerima kenyataan bahawa apa yang Allah anugerahkan kepada orang lain. Engkau rasa 
engkau sahaja yang layak dan berkuasa membuat sesuatu. Semua perkara yangb aik belaku kepada akum bukan datang dari kamu. 
Allah yang beri, Aku memohon bantuan hanya dari Allah.  

Peristiwa : Tiga - Pecah Amanah 
Aku dapat duit untuk menjayakan majlis, kau rasa aku tak patut dapat duit bantuan kerajaan sebanyak RM500. Kau rasa engkau yang 
patut dapat duit itu. Betulkah begitu? jika betul kenapa kau tak dapat duit bantuan itu? 

Aku mahu berbelanja mengikut kemampuan aku. aku bayar RM500 untuk memberi 25 orang makan. Aku amanahkan engkau untuk 
membuat majlis itu. Kau buat majlis melebihi kemampuan aku kerana kau mahu nama mu naik sebagai orang yang mampu 
membuat kenduri yang besar. Kau akan tekan dan gilis orang lain untuk mendapat duit. Ini semua demi mencari nama. 
Kau pecah amanah yang aku berikan. kau mahu puaskan nafsu mencari kebanggaan dunia. Tidak kisah jika yang amu ambil itu 
dari peras ugut dan mencuri. Memeras orang demi kebahagian kamu. Kamu bagi orang makan denga tidak ada kerelaan orang yang 
memberi engkau amanah.

Moral : Hasil kajian 

Dari mana datangnya perkara ini, Perasaan ini? 
Dari ketidak adilan ibu bapa. Jika ibu bapa bersikap adil, adakah ini akan berlaku juga.
Mungkin berlaku juga kerana manusia di programkan semenjak mereka lahir di alam ini. 
Mereka di program tanpa sedar dari apa yang mereka lihat di televisyen, lihat di persekitaran, dari apa yang mereka rasa, 
dari apa yang mereka fikir. 
 
Ini membuahkan sebuah persepsi. 
Persepsi yang mengatakan perkara ini patut berlaku dan mesti berlaku mengikut ketentuan mereka. 
Memeras ugut dan mengambil perkara yang bukan hak mereka adalah perkara normal di dalam hidup mereka. 
Tidak terlintas di dalam fikiran mereka untuk meminta izin. Hatta meminta izin dan petunjuk dari Allah juga tidak perlu. 
Orang putih cakap ini ialah OPPORTUNIST. They will strike at 
any time and stab you at anytime. 

Jauhkan diri dari mereka, jika perlu abaikan sahaja mereka. Allah memberi hidayah kepada sesiapa yang Allah kehendaki. 
Kita tidak perlu menghukum dan memberi syarahan tentang topik ini. 
Tugas kita ialah menjaga minda dan iman kita. Jangan sampai kita juga tercemar dengan debu dunia. 

Further reading: : https://theawarenesscentre.com/envy-attacks/#:~:text=Envy%20is%20often%20rooted%20in,despair'%20and%20find%20themselves%20wanting.reading






No comments:

Post a Comment

book 1 - abandon

Let's begin by structuring your story to guide the reader through the emotional journey, from the pain of abandonment to self-acceptance...