Kolam Inspirasi Poster
50 iklan hebat dari luar negara.
Peluang untuk anda menjana idea hebat yang jarang di temui di tempat kita.
Anda boleh gunakan sebagai kolam idea untuk menjana poster yang lebih hebat dan setanding dengan para pembuat iklan professional.
Anda tidak akan kering idea lagi. Kami menyediakan one stop centre untuk anda brainstorm idea baru dan segar.
Kita sentiasa terdedah kepada pengiklanan dalam kehidupan seharian kita, sama ada dalam talian, media cetak, papan iklan, atau melalui skrin televisyen. Fakta penyelidikan menunjukkan kita terdedah kepada iklan, secara purata sebanyak 362 iklan setiap hari (tidak termasuk iklan yang tidak menyerupai seperti iklan, tetapi mendedahkan jenama sahaja, seperti iklan, contohnya logo, warna produk, papan tanda yang di taja oleh pengeluar produk, filem yang menunjukkan jenama kereta dan logo produk secara tidak langsung) tetapi hanya 3 peratus sahaja yang akan memberi kesan kepada kita iaitu cuma 12 iklan sahaja yang menarik perhatian kita setiap hari.
Jadi bagaimana anda membuka laluan untuk masuk ke minda orang yang melihat iklan anda. Minda mereka sudah padat dengan imej yang pelbagai dan membuat iklan anda berkesan bagi audiens sasaran anda. Supaya prospek anda tidak lupa akan iklan anda.
Mula-mula, buat idea mesej atau pun scenario pengiklanan yang kuat dan kemudian pertimbangkan reka bentuk anda. Beri perhatian kepada tempat letak setiap perkara dan perkataan. Reka konsep yang sesuai seperti aktiviti kehidupan harian prospek anda. Propek akan ingat iklan anda jika mereka pernah melalui keadaaan yang anda tunjukkan.
Berikut, kami tunjukkan anda 50 bercetak yang kreatif dan hebat. Kebanyakan iklan ini tidak ada di dalam negara kita. Ini peluang kita untuk kaji iklan mereka dan sesuaikan dengan kegemaran prospek kita di bahagian dunia sebelah sini.
Iklan ini di reka oleh mereka yang pakar di dalam bidang pengiklanan. Harga yang mereka letak unutk setiap projek sangat tinggi kerana mereka ini berstatus professional. Kita boleh lihat dan ambil idea dari sini. Jimat duit flight kita untuk travel pergi overseas dan melihat iklan mereka.
Iklan-iklan ini mempunyai konsep yang kuat dan ditambah dengan reka bentuk hebat. Iklan ini mungkin sesuai untuk anda adaptasi untuk produk anda. Ianya sesuai unutk bahan promosi anda. Gunakan ia di dalam poster, risalah, kad, stiker dan bahan pengiklanan lain.
Kelebihan teknik poster bergambar : Semua orang faham apabila kita menggunakan visual gambar. Ia adalah sesuatu objek yang mudah di fahami bagi menyampaikan mesej kepada manusia dan makhluk lain yang mempunyai mata termasuk haiwan. Haiwan juga membuat pilihan seperti kita. Contoh terbaik ialah apabila kita mahu menjual produk makanan haiwan. Kita cipta packaging yang ada ciri sesuai dengan haiwan. Kita lukis gambar ikan untuk menjual kepada tuanpunya kucing. Kucing suka, tuan kucing akan beli lagi dan lagi.
No comments:
Post a Comment