05 - BACAAN PENTING UNTUK PENIAGA

Bahan Bacaan Peniaga 


Tak kira anda peniaga kecil-kecilan, atau berkerja dengan syarikat lain. Anda 
perlu tahu bahawa hidup kita ini berkait rapat dengan marketing dan pemasaran. 
Bila nak minta duit dari emak, kita membuat marketing juga. Kita perlu senyum 
dan beritahu emak kita sebab mengapa kita perlukan duit itu. Jika marketing 
kita bagus, mungkin akan dapat duit dari emak. 

Nak Naik Pangkat


Nak minta naik gaji dan pangkat dari boss. Kita perlu maniskan muka dan 
justify kenapa kita perlu di pilih untuk mendapat pangkat dan kenaikan gaji. 
Banyak benda yang perlu kita ingat bila nak buat marketing. Pertama kita mesti 
beritahu pihak yang lagi satu bahawa kita ialah calon yang layak untuk  mendapat imbuhan. 

nak tempah website untuk mudahkan kerja marketing anda? 

Apa itu marketing?


Kata guru marketing saya (DAO). Marketing ialah buat orang nampak kita. 
Perasan tak jika kita lihat sesuatu secara berulang-ulang, otak kita akan simpan
imej iklan itu? 

Cuba bayangkan iklan Mc Donald. Berapa kali sehari kita nampak billboard dia 
di lebuhraya dan jalan jalan raya. Jika rumah kita dekat dengan restoran 
Mc Donald lagi lah banyak kali kita nampak jenama dia.

 Logo dan Signboard restoran itu sahaja sudah cukup untuk menarik orang melihat jenama dia. 
Apa kaitan kekerapan melihat sesuatu jenama dengan perasaan tertarik untuk 
membeli sesuatu jenama?  Biasanya kita akan bercakap dengan orang yang kita 
kenal kan. Kita tidak selalunya bercakap dengan orang asing. Kita rasa 
comfortable dengan persekitaran dan orang yang kita kenal. Jika rakan kita 
menyarankan kita untuk mencuba sesuatu produk. Kita mesti rasa yakin kan?

Begitu juga marketing, lagi kerap kita nampak dan rasa produk mereka. 
Peluang mereka untuk menjual kepada kita lagi tinggi. Marketeer akan buat kita
rasa comfortable sampai kita rasa, eh....jenama ni aku selalu tengok, jenama ni 
aku pernah rasa, eh....kawan aku pun pakai jenama ini. 
Jadi sebagai seorang peniaga, cuba kita buat sesuatu sampai orang nampak kita 
setiap hari, setiap saat, setiap masa. 

Saya kongsikan cara saya membuat marketing untuk pelanggan saya. 


1. Saya buat Facebook peribadi. Saya tingkatkan jumlah rakan rakan saya 
sehingga 4,000. Kenapa cuma 4 ribu? Kenapa cuma 4 ribu? sebab saya nak tinggalkan ruang untuk orang meminta menjadi rakan saya. 
Tak kan saya seorang sahaja yang tergila gila nak cari rakan baru. Perasaan kita pun 
kena jaga juga, kita biar mereka pula meminta untuk menjadi rakan kita. 
Fefeeling hot gitu.

2. Saya buat Fan Page facebook. Saya ajak semua rakan yang dari Facebook 
peribadi saya untuk like page saya. 
Nota: Semasa buat fan page, buat sedikit penulisan dan posting supaya orang 
tertarik nak tahu lebih lanjut. Buat poster yang cantik. Sekiranya tiada poster, 
upload name card kita. Senarai yang kita boleh pilih untuk di upload ada 
banyak. Cuma pilih yang sesuai dengan apa yang anda nak orang kenal anda. 
Jika jual baju, jangan pula kita upload gambar basikal. Nanti pelanggan 
konfius. Tapi jika basikal tu adalah poster kita dan ada jenama produk kita di 
situ, boleh guna untuk marketing promo. Kira macam unik sikit la, lain dari 
yang lain. Logo dan jenama kita mesti ada. Jika belum ada logo dan jenama. 
Letak gambar produk sahaja dahulu.



facebook penulis : https://web.facebook.com/sanina.hamid
Kita sambung di episod yang lain ya...
post 25/Oct/2019 9.37 am




No comments:

Post a Comment

219 - Makna 99 Allah - Pecahan

Norsanina.blogspot.com Muhammad Al-Tanwiji dalam kitab Al-Mu’jam Al-Mufashal fi Tafsiri Gharibi Al-Qur’ani al-Karimi (2011), kata Muhaimin (...