06 - Kenapa orang sanggup bayar anda?

Khas untuk peniaga sahaja
KENAPA ORANG NAK BAYAR ANDA?
Ada banyak sebab orang nak beli produk kita.
Saya kongsikan salah satu di antara beribu sebab ya.
Orang ada masalah? Kita pun ada masalah. Kita pilih satu jenis masalah untuk kita selesaikan dahulu. Jika produk kita boleh selesaikan banyak masalah, jangan cuba jual idea boleh selesaikan semua masalah. Nanti banyak masalah kepada kita. Pening kan.....
Pertama:
Contoh masalah pelanggan saya, pelanggan saya tak larat nak jawab pm prlanggan yang berdesup masuk sebab iklan dia bagus.
Cara kita bagi penyelesaian kepada masalah pelanggan.
1. Kita buat kelas dan ajar dia cara selesaikan masalah dia. Kita ajar dia buat website.
2. Kemudian kita tanya pelanggan kita, ada masalah lagi tak? Biasanya dia akan cakap ada lagi. Bila dia cakap ada lagi, kita kena selesaikan masalah dia lagi. Kita  tanya lagi sampai dia cakap ok, dah selesai untuk hari ini.
3. Kita kumpul semua masalah yang pernah kita selesaikan. Kita tulis balik dalam bentuk buku, buat video, dan posting di sosial media.
4. Kita jual produk yang kita tulis, atau kita boleh kongsi secara percuma.
Contoh yang kedua.
Anda jual produk kurus. Ramai yang ada masalah kegemukan. Tapi tak ramai yang mahu jadi kurus dengan cara berlapar dan makan sayur-sayuran.
Anda cuba selesaikan masalah ini?
Bagaimana nak jadi kurus tanpa berlapar dan makan sayur?
Bila anda dah jumpa jawapan kepada persoalan ini. Barulah senang anda nak menjual.


<script type="text/javascript" src="https://form.jotform.com/jsform/200923634162449"></script>

No comments:

Post a Comment

219 - Makna 99 Allah - Pecahan

Norsanina.blogspot.com Muhammad Al-Tanwiji dalam kitab Al-Mu’jam Al-Mufashal fi Tafsiri Gharibi Al-Qur’ani al-Karimi (2011), kata Muhaimin (...